Wednesday, June 18, 2008

Pemikir Hindu

Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan
menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung.
Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut
agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad
utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu
yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki
Utar.

Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang
jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya
telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu.
Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau
membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu
Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.

Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki
Utar akan muncul di sebuah pulau ( di dalam mana-mana kitab sejarah
Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau
Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.

Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat
bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa
Arab Abdullah.

Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan
terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi
Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.

Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa
Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki
Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi
Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang
bertugas mengajar agama Islam kepadanya.

Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa
Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas
mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar
merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah
s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.


(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-
IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)

No comments: