Thursday, August 7, 2008

awas !!!

wahai orang islam sekalian..

Berhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda....

FAKTA

* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Senarai Barangan Boikot

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?

Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israeil.

Makanan

-Syarikat Tasty FoodsProduk: Makanan RinganJenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.
-Syarikat HeinzProduk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.
-Syarikat LambertProduk: Gula-gulaJenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.
-Syarikat HosstessProduk: Makanan Ringan & KekJenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.
-Syarikat CadburyProduk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.
-Syarikat Coca-colaProduk: Minuman bergasJenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, ---Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.
-Syarikat Hadaiq California
-Syarikat RockyProduk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.
-Syarikat Perrier-VittelProduk: Air Galian Barakah... dan sebagainya
-Syarikat NestleProduk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran MasakanJenama: Kit-kat, -Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, -Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, -Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.
-Syarikat AmericanaProduk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.
-Minyak Sayuran Rawabi, Fern
-Makaroni Columbus, Hayo ,Chipsy,Delta,Super Market,Sainsburry,Heiz,Edge,Tesco

Kedai Makan/Restoran
-McDonalds,Tikka,Kentucky Fried Chicken (KFC),Kantis,Arby's,Pizza Hut,Chicken Tikka Paradise,McBurger.

Alat Pencuci dan Kecantikan

Syarikat Procter & GambleProduk: Kesihatan, Syampu, SabunJenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.
Syarikat PalmoliveProduk: Pencuci dan SabunJenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.
Syarikat Johnson & JohnsonProduk: Kesihatan dan Penjagaan Diri
Syarikat JohnsonProduk: Pewangi dan Ubat Nyah SeranggaJenama: Raid, Glade... dan sebaginya.
Syraikat Revlon Make-up,Syarikat East In Sambel,Syarikat Beverly Hills,Syarikat Sitreen

Bahan Tenaga
Bateri Kenderaan Milestone,Bateri Kenderaan Powder,Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Everady... dan sebagainya.

Alatan Sukan
Nike,Universal,Power,Paramount,Youngers.

Pakaian
Jean's Basic,Kelvin Klein,Levi's,Basic Lauren

Alatan Pejabat
-Syarikat Delta Egypt,Parker Schiffer,Pen Schiffer,Higher.

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
-Max
-IBM
-Intel
-Uracel
-Nokia
-Motorola
-Digital

Sumber :MANHAL PMRAM

Sunday, July 27, 2008

PERJUANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Demi allah yang menciptakan langit dan bumi..Demi Allah yang menciptakan bulan dan matahari..aku memohon kepadamu selamatkan perjuangan Islam di Malaysia dan seluruhnya.kurniakan nusrah pada pimpinan kami.

Hari ini aku rasa tenang setelah keresahan dan kerisauan yg bermain dibenak fikiranku. tentang cadangan pembubaran pas dan umno tubuh parti baru berlandaskan islam.khuatir dengan cadangan tersebut jika perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas ditohmah dan dituduh tidak konsisten terhadap polisi dan dasar yang diperjuangkan selama ini.kerana sanggup bersekongkol dengan parti umno yg diketahui umum kezaliman pimpinannya,kepincangan parti mereka dan pembawakannya,parti yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin survival politik mereka.
Apabila diteliti cadangan mursyidul am.yang diketahui kewarakannya ketaqwaannya kepada Allah serta jelas kefahamannya mengenai perjuangan islam.rasa tenang dalam hati ini.kita perlukan thiqah ( kepercayaan ) kpd pimpinan Islam yg berilmu dan bertaqwa. kalau insan sedemikian tidak boleh dipercayai , saya tidak tahu insan bagaimana yg boleh meyakinkan semua orang.Nabi sendiri sewaktu perjanjian hudaibiyah pernah menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan sahabat. tetapi , mereka tidak keluar dari kerangka adab dan kepercayaan dan ketaatan mereka kpd nabi.

masalah yang timbul bukan masalah pergabungan parti yang baru atau lama.tetapi perjuangan islam itu sendiri. kepentingan Islam mengatasi segalanya. melewati batas bangsa dan bahasa dan jua melewati batas parti, parti hanya platform , Asasnya ialah Islam.maka ia terbuka kpd siapa jua untuk menerima Islam dan apa pun nama platform itu.

Akhir sekali saya menyeru para pendokong dan penyokong yang cintakan perjuangan islam usah kita ragui perjuangan islam yang dibawa oleh pimpinan Pas. kalau kita sayang kpd parti dan islam , saya yakin pimpinan kita juga teramat sayang kpd parti dan islam ini.semoga Allah memberi nusrah pada pimpinan kita.

Wednesday, July 2, 2008

cinta ..??

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang

lebih ke arah nilai -nilai tersebut ...semuanya adalah plastik atau tiada

pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta tersebut lebih ke arah kepada

rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang

rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang

di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan

seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya

lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak

kira apa jua barangnya...jika tidak berminat masakan nak mengorbankan

wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu

prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik

sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas

pendekatan Islam.??

Cinta didalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas

alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam

lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan

kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin

tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk

syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was was

dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina

hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui

telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk

hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih

kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu

dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara

dana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah

hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di

sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan

akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan

perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang

sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat

sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang

yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar

benar berlandaskan iman .

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris etika meminang

wanita....tetapi anak anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan

mencari cinta..........dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan

cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan .

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan

pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari

depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan

kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual

beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata -kata yang tidak

sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat

-sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi

untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan

keutuhan pendirian responden. Jika ia benar benar memahami konteks iman

didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah

cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa

menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam

satu masa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak

timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama

menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah

di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam

dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan

jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan

seperti sebahagian dari anak anak muda yang tidak memahami konteks

percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali

pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar benar dapat menguasai

respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh

ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana

nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan

itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak

menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu

kepura puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati

.

Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang

dicintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi

bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa apa

kerana asas malu tiada.

Sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin

memulakan ikatan cinta itu.....berasaskan cinta yang penuh didikan

iman..perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat

percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah

baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di

dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur

Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa

yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di

katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang

sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di

pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya

maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak anak muda kita ....bilamana seorang pemuda

menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan

agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali

kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah

membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada kearah

ketidak fahaman konsep cinta berasaskan Islam....Uji mereka dulu dengan

corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan kita di rapati akan

perasaan mereka.....agar menimbulkan keraguan dan was was yang kita

tidak menerima cinta mereka. Ini tidak anak anak gadis dan pemuda suka

melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata kata asmara yang terbina

sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati hati mereka sendiri.

Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga

diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi

benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab

bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang

konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukan kah akhlak yang cantik

terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?!!!!!!!

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu ragu untuk

terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu

apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang

calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang

paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah

untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah

orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara

yang di izin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah"

So kata kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar

satu...tidak begitu tepat didalam konteks islam dan patut di

tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang di halalkan oleh Islam

bersebabkan faktor faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan

adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam

Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam

suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya

orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang

yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik baik sahaja yang

inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan

penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah

sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup

bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah

mempunyai zat yang baik juga.

Wednesday, June 18, 2008

Pemikir Hindu

Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan
menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung.
Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut
agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad
utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu
yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki
Utar.

Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang
jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya
telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu.
Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau
membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu
Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.

Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki
Utar akan muncul di sebuah pulau ( di dalam mana-mana kitab sejarah
Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau
Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.

Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat
bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa
Arab Abdullah.

Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan
terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi
Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.

Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa
Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki
Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi
Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang
bertugas mengajar agama Islam kepadanya.

Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa
Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas
mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar
merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah
s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.


(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-
IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)

Puak-Puak yang Tersesat dalam Bab Sufi.

Kumpulan-kumpulan yang tersesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang
sebenarnya dalam bab Sufi pula terdiri daripada 13 puak yang besar antaranya :-

1. Kaum Marjiah.

Kepercayaan yang menjadi Ittikad dan pegangan kaum ini ialah apabila mereka beramal dan telah sampai ke tahap mereka telah menjadi kekasih Allah, iaitu apabila mereka telah
sampai ketahap tiada lagi benda lain yang mereka kasihi selain daripada Allah, maka pada tahap ini semua kewajipan syarak dan ibadat ke atas mereka telah digugurkan oleh Allah. Dalam keadaan ini segala yang haram telah menjadi halal bagi mereka. Segala kewajipan yang difardhukan seperti Solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya boleh di buat dan boleh
juga di tinggalkan mengikut sesuka hati mereka.

Kumpulan ini, sesetengahnya sangat suka bertelanjang dan tidak menutup aurat. Pada pegangan mereka semua harta di dunia ini adalah kepunyaan datuk mereka, iaitu Nabi Adam, jadi mereka sebagai cucu-cicit keturunan Nabi Adam, maka semua harta tersebut adalah halal bagi mereka mengambil dan menggunakanya walaupun tanpa kebenaran dan meminta izin dari tuannya yang sah terlebih dahulu.

2. Kaum Auliya’iyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak Auliya’iyah ini ialah apabila mereka telah sampai ke tahap dan martabat wali, maka terangkatlah semua kewajipan syarak keatas mereka. Pada tahap ini,
apa yang menjadi kewajipan keatas diri mereka sebagai hamba Allah seperti Solat, puasa dan
sebagainya tidak perlu lagi ditunaikan manakala apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah keatas manusia telah menjadi halal bagi mereka, seperti berzina, mencuri dan sebagainya. Martabat mereka sebagai wali pula adalah lebih besar dan mulia daripada martabat Nabi.

3. Kaum Syamrakhiyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak ini ialah apabila sampai ke tahap-tahap tertentu, maka Allah telah menghalalkan bagi mereka perbuatan zina dan sebagainya dan mereka pula
akan berpura-pura warak apabila berada di khayalak ramai.

4. Kaum Ibahiyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak Ibahiyah ini ialah mereka tidak sanggup menahan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar yang di larang oleh Allah dan mereka
juga tidak sanggup menyuruh manusia lain supaya melakukan kebaikan dan mereka juga menghalalkan zina kepada ahli kumpulan mereka.

5. Kaum Haliayah.

Ittikad dan pegangan puak-puak ini, mereka boleh melakukan perkara-perkara mungkar asalkan mereka boleh mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya dalam melakukan zikir, mereka
akan menari-nari dan bertepuk tangan sambil berzikir. Ada yang pengsan dan mereka sandarkan semua perbuatan buruk mereka itu kepada Sunnah Rasulullah s.a.w yang perlu di ikuti oleh semua manusia lain.

6. Kaum Huriyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak Huriyah ini adalah lebih kurang dengan pegangan puak-puak Haliyah. Cuma apabila mereka pengsan itu, mereka berkata : " datanglah kepada kami
bidadari, maka kami setubuhi ia " Apabila sedar dari pengsan mereka akan pergi mandi junub.

7. Kaum Waqi’iyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak ini bahawa zat Allah dan segala sifat-sifatNya, AsmaNya dan segala Perbuatan Allah tidak boleh di kenali. Hamba sama sekali tidak akan sampai kepada Makrifatullah.

8. Kaum Mutajalihiyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak ini, bahawa mereka tidak boleh memakai pakaian yang baru dan bersih. Mereka juga suka melakukan perbuatan-perbuatan jahat dan suka kepada perempuan dan suka melakukan zina.

9. Kaum Mutakasiliyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak ini ialah mereka tidak suka berusaha dan berikhtiar bagi mendapatkan makanan dan rezeki dari Allah. Mereka juga meminta-minta sesuatu daripada orang ramai dan memaksa orang ramai supaya memberi harta zakat dan sedekah kepada mereka.

10. Kaum Ilhamiyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak ilhamiyah ini ialah mereka mendakwa bahawa mereka selalu mendapat ilham ketuhanan. Mereka juga meninggalkan daripada mempelajari serta membaca Al-Quran, meninggalkan zikir dan segala selawat, kerana dakwa mereka bahawa Al-Quran itu
menjadi pendinding untuk mereka sampai kepada makrifatullah. Dengan itu mereka lebih suka menghafaz serta mempelajari bait-bait syair dan sebagainya.

11. Kaum Hululiyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak ini bahawa zat Allah menjelma dalam diri manusia dan dalam benda-benda lain di alam ini. Mereka juga mengharuskan ahli kumpulan mereka
memandang kepada perempuan-perempuan yang elok dan cantik serta memandang kepada lelaki
yang cantik paras rupa kerana pada pandangan mereka di situ terdapat Tajalli ( kebenaran yang diperlihatkan Allah ) ketuhanan. Mereka juga suka bersuluk ( mengasingkan diri untuk bertafakur ), melakukan zikir dengan bercampur antara lelaki dan perempuan sambil memeluk dan mencium wajah-wajah yang cantik, kerana pada wajah tersebut terdapat bekas Tajalli ketuhanan. Jika mereka mendapat anak dalam majlis tersebut, maka anak itu adalah
anak daripada Tajalli ketuhanan. Mereka juga boleh melakukan semua amalan dan amal ibadat hanya dengan menggunakan niat sahaja.

12. Kaum Wujudiyah.

Ittikad dan pegangan puak-puak Wujudiyah ini, sebenarnya adalah terdiri yang mulhid dan zindik semata-mata. ( Orang yang imannya telah terpesong dan tidak lagi percaya
kepada agama Allah yang sebenarnya ). Mereka mendakwa bahawa diri mereka dan zat Allah adalah sama. Kewujudan Allah itu pula adalah bertempat dan mempunyai masa-masa tertentu serta kewujudan Allah boleh di lihat dengan mata kasar manusia. Mereka hanya membahaskan tentang kewujudan zat-zat Allah mengikut khayalan pemikiran mereka semata-mata sahaja.

13. Kaum Mujassimah.

Ittikad dan pegangan puak-puak ini bahawa zat Allah itu adalah berjisim dan berbentuk seperti mana manusia, iaitu boleh di rasa, boleh di lihat dan boleh di pegang. Kesimpulannya segala pegangan dan akidah serta Itikad dan pahaman puak-puak yang telah dinyatakan serba ringkas di atas adalah terang-terang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya, walaupun mereka masih mendakwa bahawa mereka adalah sebahagian daripada umat Islam. Sebenarnya puak-puak inilah yang telah merosakkan kesucian agama Islam. Mereka bukan sahaja sesat, malah telah menyesatkan orang-orang jahil yang lain, yang mengikut ajaran dan kumpulan mereka dengan tujuan untuk mendalami ajaran Islam. Pengikut-pengikut itu juga tersesat dan menjadi kafir bersama tok-tok guru yang mengembang dan mempertahan ajaran dan pegangan kumpulan tersebut. Mereka semua akan di humbankan ke dalam neraka oleh Allah di hari Akhirat kelak.

Sebagai seorang Islam yang cintakan kepada ajaran dan kesucian agama Islam, marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada semua pertubuhan dan kumpulan yang sesat
tersebut dan mengikuti ahli dan kumpulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sahaja. Mungkin segala ajaran dan fahaman yang di pegang oleh kumpulan dan puak-puak tersebut adalah datangnya daripada ajaran dan bisikan puak-puak jin dan Syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia daripada jalan yang benar dan di redai oleh Allah. Semoga Allah melindungi kita semua daripada terjerumus ke dalam perangkap puak-puak tersebut.

Tuesday, June 17, 2008

Ilmu tauhid

ILMU TAUHID BERASASKAN KAJIAN SAINTIFIK


Tujuan utama penulisan ini ialah untuk menjelaskan sama ada ilmu Tauhid boleh diasaskan atau tidak kepada kajian saintifik. Bagi menjawab soalan ini perlu terlebih dahulu diterangkan apa yang kita maksudkan dengan ilmu Tauhid dan kajian saintifik serta dijelaskan ruanglingkup masing.

RUANGLINGKUP ILMU TAUHID KITA

semua sedia maklum bahawa ilmu Tauhid adalah intisari ajaran agama Islam. Ilmu ini merujuk kepada hakikat keesaan Allah SWT. Ilmu Tauhid membicarakan prinsip keesaan Tuhan. Di dalam ketuhanan Islam, Allah adalah Esa dari segi Zat-Nya, Esa dari segi sifat-sifat-Nya dan Esa dari segi perbuatan-Nya.

Sumber utama ilmu Tauhid ialah ajaran wahyu seperti yang terkandung di dalam Kitab Suci Al-Qur'an. Allah sendiri memberitahu manusia siapa Dia, apakah sifat-sifat diri-Nya dan apakah aktiviti-aktiviti-Nya. Di dalam hal ini, peranan akal adalah sekadar untuk memahami makna butir-butir diri Tuhan yang Dia sendiri telah maklumkan (tajallikan) kepada kita.

Ayat Al-Qur'an yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad!) "Allah Maha Esa (Ahad)", menegaskan keesaan Tuhan dari segi Zat-Nya kerana Allah adalah nama zat Tuhan. Tetapi ayat yang sama turut menegaskan keesaan Tuhan dari segi sifat-sifat-Nya dan dari segi perbuatan-perbuatan-Nya (af'al) kerana Allah adalah nama Tuhan yang serba meliputi. Di dalam nama Allah terhimpun segala sifat Tuhan atau segala nama-Nya yang lain seperti Al-Rahman, Al-Rahim, Al-Hayy, Al-Qudus dan sebagainya.

Sifat-sifat Tuhan atau nama-nama-Nya adalah sebenarnya hubungan antara zat Tuhan dan setiap sesuatu selain daripada-Nya. Dengan kata lain, alam semesta mempunyai hubungan dengan Allah menerusi nama-nama-Nya. Malahan alam semesta adalah mazahir (manifestasi) nama-nama Tuhan. Oleh sebab itulah di dalam Al-Qur'an setiap kali Allah menerangkan tentang sesuatu kejadian yang dicipta-Nya Dia sudahi keterangan-Nya itu dengan menyebut satu dua nama-Nya.

Sebagai contoh, ayat di dalam surah Yasin yang bermaksud "Dan matahari beredar ke suatu tempat yang sudah ditetapkan baginya; demikianlah ketentuan (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Ada hubungan hakiki antara peredaran matahari dan dua nama atau sifat Allah yang disebutkan di sini. Gerakan matahari dan peredarannya yang mematuhi hukum-hukum tertentu adalah manifestasi keperkasaan dan kebijaksanaan Allah. Pengetahuan manusia yang mendalam tentang peredaran matahari di dalam sistem planet kita akan menimbulkan kesedaran di dalam dirinya tentang kekuasaan dan kebijaksanaan Penciptanya.

Al-Qur'an memang menjelaskan bahawa nama Allah juga meliputi segala perbuatan-Nya. Keesaan Allah dari segi sifat-sifat-Nya yang bermakna keesaan Allah dari segi perbuatan-Nya. Menurut Al-Qur'an lagi, demikianlah juga sebaliknya. Kesatuan alam semesta membuktikan keesaan Allah.

Sepotong ayat ayat Al-Qur'an mengemukakan hujjah berikut :

· "Kalaulah terdapat di kedua-duanya (yakni langit dan bumi) Tuhan-tuhan selain Allah nescaya rosak binasalah kedua-duanya."

· [Al-Anbiya' : 22]

Ayat ini menegaskan kepada kita bahawa alam semesta wujud dalam keadaan kesatuan atau dalam keadaan teratur, bertertib dan terencana kerana yang menciptanya ialah Tuhan Yang Maha Esa.

Dengan kata lain, Al-Qur'an memberitahu manusia bahawa sekiranya mereka mengkaji alam semesta ini dengan teliti serta adil dan saksama (atau objektif, menurut istilah ahli-ahli sains zaman sekarang) maka mereka akan dapati alam ini benar-benar merupakan sebuah kosmos, bukan chaos, yakni alam yang teratur, bertertib dan terencana. Hakikat ini sepatutnya diterima oleh mereka sebagai bukti keesaan Allah.

Ajaran agama memberitahu kita bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat mengetahui tentang zat Allah. Hanya Allah yang mengetahui rahsia zat-Nya. Bagaimana pun, ada dua aspek diri Tuhan yang boleh diketahui oleh manusia. Aspek pertama ialah sifat-sifat-Nya dan aspek satu lagi ialah aktiviti-aktiviti-Nya.

Sebenarnya dua aspek ini tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Aktiviti Tuhan mencerminkan sifat-sifat-Nya dan sebaliknya pada Tuhan menzahirkan sifat-sifat-Nya menerusi aktiviti-Nya.

Di dalam konteks perbincangan kita tentang hubungan antara Tauhid dan sains, adalah penting kita merujuk kepada hakikat bahawasanya manusia boleh mengetahui sifat-sifat dan perbuatan Allah. Suatu soalan yang wajar ditimbulkan di sini ialah adakah sains berkemampuan mencapai ilmu pengetahuan tentang sifat-sifat Allah dan perbuatan-Nya tanpa bantuan agama atau wahyu??? Tentang perbuatan Allah yang samalah maksudnya dengan alam ciptaan-Nya manusia memang mampu mengetahuinya menerusi daya usahanya sendiri, iaitu dengan membuat pencerapan, menjalankan ujikaji dan analisis rasional dan berbagai-bagai lagi bentuk pengajian dan penyelidikan ilmiah.

Namun demikian perlu ditegaskan bahawa tanpa bimbingan agama kemampuan sains untuk membongkar rahsia alam semesta ini adalah sangat terbatas. Sains akan memperolehi keupayaan yang lebih besar dan akan mencapai kemajuan yang lebih seimbang apabila kegiatannya disinari dengan cahaya agama. jangan sekali-kali pandangan kita dikaburi oleh kejayaan ajaib yang dicapai oleh sains moden, iaitu sains yang kita ketahui telah membelakangkan agama.

Ada beberapa perkara yang patut ada di dalam ingatan kita. Pertama, sains moden tidak bermula daripa tiada dan berakhir dengan segala pencapaian yang menakjubkan seperti yang dapat kita lihat sekarang ini. Sains moden menggunakan tapak sains yang sudah disediakan oleh sains Islam. Dari segi falsafah alam, falsafah manusia dan falsafah ilmu, mungkin sains moden telah berkerat rotan, berputus arang dengan sains Islam dan sains pra-moden yang lain. Tetapi dari segi pengetahuan sains, sains moden adalah kesinambungan daripada sains Islam. Dengan kata lain, sains moden bertitik-tolak daripada pengetahuan saintifik yang sebahagian besarnya adalah sumbangan tamadun-tamadun beragama, khususnya tamadun Islam.

Kedua, banyak ahli sains yang membuat sumbangan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sains moden adalah individu yang mempunyai kepercayaan agama, sekurang-kurangnya kalau dilihat dari kacamata Islam tentang konsep agama. Tokoh-tokoh sains moden seperti Johannes Kepler, Isaac Newton dan Albert Einstein dan para pengasas ilmu fizik kuantum pada kurun ke-20 ini bukan sahaja menyakini kewujudan Tuhan Yang Maha Esa, malah konsep alam semesta mereka hampir-hampir sama dengan konsep alam semesta di dalam Islam yang berdasarkan ajaran Tauhid. Mereka ini boleh aku sifatkan sebagai ahli Tauhid tanpa Nabi dan Rasul dan tanpa syariah. Di dalam kes Einstein, memang ada hubungan konsep yang jelas antara pemikiran sainsnya dan pandangan Tauhidnya.

Ketiga, sains moden baru berusia lebih kurang 350 tahun. Ini suatu usia yang sangat muda barbanding dengan usia sains di dalam kebanyakan tamadun beragama sebelum zaman moden seperti usia sains Islam yang mampu mempertahankan kegemilangannya selama lebih kurang lapan kurun. Walaupun usia sains moden masih muda, tetapi banyak pemerhati masa kini telah mengeluarkan pendapat yang era sains moden sudah berakhir. Teori ilmu dan pandangan alam semesta yang menjadi asas kepercayaan falsafah sains moden sejak kelahirannya pada kurun ke-17M tidak dapat dipertahankan lagi ekoran daripada perkembangan-perkembagan dalaman baru yang dicetuskan oleh sains itu sendiri. Ada pendapat mengatakan manusia Barat sekarang sedang memasuki suatu era baru di dalam sejarah pemikiran sains, iaitu era sains pasca moden.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan ini saya ingin menegaskan semula kesimpulan berikut. Walaupun sains mampu menghasilkan penemuan-penemuan saintifik baru, merumuskan teori-teori sains baru dan menghasilkan berbagai-bagai bentuk teknologi baru tanpa bantuan agama, namun pencapaiannya tentu lebih besar, keterangan-keterangannya lebih memuaskan kehendak akal manusia dan kemajuannya lebih menguntungkan umat manusia sekiranya ia berpadu tenaga dengan agama. Dalam hal ini aku ingin memetik kata-kata masyhur Einstein :

"Agama tanpa sains buta, sains tanpa agama cacat."

Bagaimana pula dengan ilmu tentang sifat-sifat Tuhan??? Mampukah sains menemui sifat-sifat Tuhan dengan bergantung semata-mata kepada kaedah saintifik yang sudah terbukti sangat berkesan dan berhasil di dalam bidang pengajian alam lahiriah??? Elok kita bincangkan dahulu secara ringkas sifat sains dan ruanglingkup kajian saintifik menurut fahaman umum dewasa ini. Tetapi sebelum itu kita boleh memberi jawapan berdasarkan ajaran wahyu Islam.

Ilmu Ilahiyah (metafizik) atau Ilmu Usuluddin memberitahu kita bahawa wahyu adalah satu-satunya sumber ilmu kita tentang sifat-sifat Allah. Allah sendiri yang mengajar kita nama-nama-Nya atau sifat-sifat-Nya. Kalau Dia tidak memberitahu kita tentangnya maka kita tidak akan mengetahuinya. Adalah di luar kemampuan tabii akal manusia untuk membuat penemuan sendiri tentang sifat-sifat Tuhan. Tetapi setelah kita diberitahu nama-nama-Nya akal kita mampu memahami makna yang terkandung di dalam nama-nama itu.

Dan yang pentingnya, menurut Al-Qur'an, ilmu kita tentang sifat-sifat Allah boleh menjadi lebih mendalam dan lebih meyakinkan dengan bertambahnya ilmu pengetahuan kita tentang alam semesta. Tegasnya, andainya kita berIman dengan sifat-sifat Allah yang diwahyukan menerusi Al-Qur'an itu maka sains boleh membantu meningkatkan ilmu kita tentang sifat-sifat Allah. Dengan kata lain, ada peranan bagi sains untuk memantapkan ilmu Tauhid seseorang insan.

-kalam abdul jamil alqadiri.