بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah yang mencipta langit dan bumi ,Selawat dan Salam Keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad,Para Sahabat serta Ahli Bait Baginda.
Apabila kita menyebut tentang kejayaan penting bagi kita memahami hakikat kejayaan.
Adakah dengan menggenggam segulung ijazah kita boleh menganggap kita sudah mencapai kejayaan ?
Hakikat kejayaan sebenar yang perlu kita buru sepatutnya adalah mendapat keredhaan Allah dalam setiap perkara atau urusan yang kita lakukan,kerana setiap individu muslim itu dimasukkan ke syurga kerana redha Allah Taala.bagi mencapai matlamat tersebut setiap individu perlu perlu membuat perancangan yang rapi.kerana untuk mendapat redha Allah bukan perkara yang remeh.disana kita memerlukan keikhlasan dalam semua perkara.
Kesabaran dalam menghadapi ujian mehnah ,pengorbanan yang tinggi.,kekuatan yang ampuh dan perancangan yang sistematik..yang mana semua bahan tersebut jika diadunkan akan menghasilkan satu formula untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada urusan dunia atau akhirat ataupun kedua-duanya sekali.
sebagai contoh seorang pemimpin negara beliau akan cuba sedaya upaya memakmurkan negara dengan pelbagai cara,segala bentuk perancangan yang difikirkan untuk memastikan rakyat bawahannya hidup dengan aman,selesa dan dapat menikmati kemakmuran negara semaksimum mungkin.semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan persiapan yang rapi dan perancangan yang teratur.
Saya yakin manusia yang waras akan memikirkan tentang masa depan,kejayaan,kepuasan hidup dan sebagainya.mereka akan membuat segala perancangan dan persiapan untuk mencapai matlamat tersebut.
ahli ilmu pernah menyebut “ jika kamu gagal merancang.kamu merancang untuk gagal”.
Jika urusan dunia pun kita merancang,memikir,memerah keringat untuk mencapai hal tersebut.alangkah hinanya kita jika urusan akhirat kita tidak pernah terfikir dan tidak merancang.kerana alam akhirat adalah kehidupan abadi yang tiada penghujungnya.segala nikmat yang ada di alam akhirat tidak terdapat di alam dunia.
Sahabat-sahabatku sekalian marilah kita sama-sama berfikir dan merancang untuk kejayaan di akhirat seperti mana kita merancang untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan kita.justeru itu manakah perlu dan patut kita lebih merancang..??
“ Ya Allah..kami memohon keampunanMu diatas dosa dan kelalaian kami..Ya Allah bantulah kami dalam membuat segala perancangan untuk mendapat keredhaanMu.sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah..”

1 comment:
Tidak dapat dinafikan perancangan amat penting kepada kehidupan kita. Sebagai seorang Islam, sebarang perancangan hendaklah diikuti dengan doa supaya ia berjaya dan diberkati. Lawati blog saya:
Blog Kenangan Haji
Post a Comment